22 May
22May

Pada peringkat ini, pelajar-pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau menyimpulkan isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pelajar juga dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk yang dikemukakan. Kesimpulan yang ditulis itu hendaklah bersifat lebih umum dan padat. Dari segi kepanjangan, perenggan yang dibina seimbang dengan perenggan isi dan pendahuluan. Tegasnya, ayat dalam perenggan penutup ini terdiri daripada kesimpulan, ayat yang berupa cadangan, harapan, dan sebagainya.

Umumnya, fungsi kaedah penulisan penutup sesebuah karangan sama dengan fungsi kaedah pengenalan dan kaedah binaan perenggan isi iaitu untuk memastikan kepanjangan setiap perenggan anda seimbang untuk menunjukkak kepada pembaca dan pemeriksa bahawa anda seorang pelajar yang mahir menghasilkan karangan yang menarik dan bermutu. Tegasnya, kaedah binaan pengenalan, kaedah binaan perenggan isi dan kaedah binaan perenggan penutup bertujuan untuk anda mampu menghasilkan karangan peringkat cemerlang semasa menghasilkan karangan.


Contoh karangan penutup menggunakan binaan ayat:-

Ayat kesimpulan  + ayat huraian + ayat cadangan + ayat pendapat/harapan   

      (1) Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. (2) Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. (3)  Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak agar kesannya menyeluruh. (4) Pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab bersama.


(1) Ayat kesimpulan, ayat (2) ayat huraian, ayat (3) ayat cadangan dan ayat (4) ayat pendapat/harapan.                

 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING