22 May
22May

Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian.

Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat hingga lima ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

(a)            Ayat topik;

(b)            Ayat huraian;

(c)            Ayat sokongan;

(d)            Ayat contoh;

(e)            Ayat penutup/kesimpulan kecil


Contoh Perenggan Deduktif

(1) Satu daripada punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan atau luar negara. (3) Sebagai contohnya, ada kalangan pemain negara yang tidak mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh jurulatih dan paling memeranjatkan ada segelintir pemain yang terlibat dengan rasuah dengan mencatur keputusan perlawanan. (4) Justeru, persatuan bola sepak negari dan kebangsaan perlu mengambil berat masalah ini agar tidak memalukan mutu sukan bola sepak negara. Bak kata pepatah, jangan sampai nasi menjadi bubur (5 )

** Bentuk penulisan isi seperti ini selalu ditulis oleh pelajar semasa mengarang.

Ayat (1) Ayat topik,  ayat (2) ayat huraian, ayat (3) ayat contoh,  ayat (4) ayat penutup/kesimpulan kecil dan ayat (5) frasa menarik/peribahasa.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING